HomeVideo2.6 Juta Rakyat Malaysia yang Berumur 30 keatas Menghidap Diabetes.

2.6 Juta Rakyat Malaysia yang Berumur 30 keatas Menghidap Diabetes.



PETALING JAYA – Kira-kira 30 peratus penduduk negara ini yang dipercayai menghidap diabetes atau kencing manis berdepan risiko menjadi buta.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perubatan Hospital Mata Tun Hussein Onn (THONEH), Dr Pall Singh berkata adalah penting bagi pesakit kencing manis melakukan pemeriksaan awal mata bagi tujuan pengesanan awal komplikasi yang menjejaskan penglihatan, seperti Retinopati Diabetik.

“Retinopati Diabetik adalah kerosakan terhadap saluran darah dalam retina, disebabkan komplikasi kencing manis. Jika dapat dikesan dan dirawat lebih awal, kebutaan biasanya boleh dicegah. Lazimnya Retinopati Diabetik bermula tanpa sebarang perubahan ketara pada penglihatan,” katanya selepas majlis pelancaran Hari Penglihatan Sedunia 2015 di THONEH di sini, hari ini.

Dr Pall Singh, yang juga perunding kanan pakar Oftalmologi, berkata ia akan hanya berkesan jika rawatan bagi komplikasi mata akibat kencing manis dijalani pada peringkat awal.

Ini kerana, katanya, jika lambat dikesan, tidak ada rawatan dapat menyelamatkan penglihatan yang boleh mengakibatkan buta berkekalan.

“Sebaik perubahan awal akibat penyakit kencing manis dikesan, pesakit akan mempunyai peluang lebih baik untuk mengetahui status penglihatan mereka yang berkaitan dengan diabetes. Mendapatkan pemeriksaan awal mata adalah penting jika anda mempunyai diabetes kerana ia akan membantu mengesan sebarang komplikasi pada mata,” katanya.

Bersempena Hari Penglihatan Sedunia 2015, THONEH dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, bersama-sama Dewan Perdagangan dan Industri Jepun Malaysia (JACTIM) dan Lions Club, bekerjasama dalam kempen kesedaran bertemakan ‘Penjagaan Mata untuk semua’.

Naib Pengerusi THONEH, Datuk S Kulasegaran dalam ucapan perasmiannya berkata, kempen sehari itu yang diadakan di hospital berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap masalah kebutaan dan gangguan penglihatan serta mempromosikan program Pencegahan Kebutaan Kebangsaan.

“Ia juga bertujuan mendidik kumpulan sasar tentang pencegahan kebutaan dan aktiviti program Hari Penglihatan Sedunia 2020 selaras dengan kemajuan negara ke arah status negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata, hospital itu kini menerima purata 80,000 pesakit dan menjalankan kira-kira 4,500 pembedahan setiap tahun.

Pada majlis perasmian itu, THONEH juga menerima Kamera Fundus yang digunakan untuk ‘Pemeriksaan Mata Awam’ daripada JACTIM, dan peruntukan sebanyak RM50,000 daripada Petaling Jaya Lions Club bagi tujuan membiayai pesakit yang memerlukan bantuan. – Bernama

(20 admin diperlukan bg misi didik belia hindari gula, pm admin)
mohon sebarkan!!..
sila like dan share untuk kebaikan bersama.
#KamiPencetusBudayaGulaSihat
#KonspirasiGula
anda nak ekstrak stevia?.. hubungi 0196422300

source

Previous post
GEM Hospital - "Sweet Tooth"
Next post
Free PDF Ebook Teenagers with Type 1 Diabetes : A Curriculum for Adolescents and Families

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Notify of
avatar
wpDiscuz